27 April 2019 (sabtu) Gunung Maragang Masilow, Kundasang dengan ketinggian 2232 meter dari paras laut akhirnya telah berjaya di tawan oleh pengakap daripada SMK Kundasang.
Kekuatan platun Pengakap Ranau 01 kali ini telah di sertai oleh saudara terdekatnya daripada persatuan Pandu Putri SMK Kundasang dengan penyertaan sebanyak 6 orang ahlinya dan 4 orang guru pembimbing mereka. Manakala penglibatan Pengakap Muda seramai 20 ahli dan Pengakap Remaja 10 orang.
Objektif program pada kali ini adalah sebagai pengisian dalam memperkenalkan ahli Pengakap Muda mengenai pelbagai spesis flora dan fauna yang ada di sekeliling Gunung Maragang (bagi persiapan mendapatkan lencana ahli perhutanan/lencana maju) . Khususnya bagi Pengakap Remaja pula, program ini merupakan pendedahan kepada mereka mengenai penglibatan mereka sebagai urusetia program.
Kemeriahan program kali ini di serikan dengan kehadiran Pesurujaya kawasan Zon Khas (Skip Erwan Gunda). Sepanjang aktiviti tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku. Semua berjalan seperti yang di rancang.
Jarak tempuh 4 kilometer telah di selesaikan bermula jam 7.00 pagi dan kembalinya semua peserta tepat pada jam 12.00 tghr. Sepanjang aktiviti, kami telah di berikan layanan mesrah guide kami.
SKIP AC
April 2019
April 2019
No comments:
Post a Comment